Apakah itu Joomla! Mari kita mengenalinya..

1:02 AM / Posted by Matt Fauzy /


Apa itu Joomla? kepada yang sudah familiar dengan benda alah ni,boleh abaikan entry ni .Kepada yang masih tak tau apa itu joomla! boleh teruskan membaca sekiranya korang berminat untuk menghasilkan website sendiri dengan mudah tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal. Ya ia FREE..Joomla! dilesenkan dibawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU(free). Ciri2 yang menarik Joomla! ini ialah laman cache untuk meningkatkan prestasi, RSS, laman boleh cetak, berita terkini, blog, undian, carian laman, dan bahasa-bahasa,forum perbincangan dan banyak lagi.

Nama joomla! diambil daripada perkataan 'Swahili' iaitu jumla yang bermaksud 'mari bersama-sama' atau 'secara keseluruhannya'.Keluaran pertama joomla! ialah Joomla 1.0.0 telah diumumkan pada 16 September 2005.Sehingga kini,Joomla!telah keluarkan version terbaru mereka itu Joomla! 1.6 untuk menggantikan Joomla! 1.0.0 .Dianggarkan sehingga hari ini,ramai webmaster memilih Joomla! sebagai platform untuk membina laman web sama ada web personal,e-commerse atau sebagainya.Pasukan pembangunan asas menyatakan bahawa Joomla! 1.5 adalah kod yang ditulis semula dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP 5.

Joomla! bermula apabila terjadinya pembangunan perisian daripada versi Mambo diantara Miro Corporation dari Australia, pemegang hak cipta Mambo pada masa itu, dan kesemua ahli pemaju pusat. Kedua-dua kumpulan itu telah berpisah pada 17 Ogos 2005.

Itu adalah serba sedikit ringkasan mengenai joomla! dan sejarahnya. Ramai webmaster telah menggunakan Joomla! sebagai platform untuk membina laman web kerana lebih mudah dan user friendly berbanding menggunakan Dreamweaver atau sebagainya.Joomla! baru saja beberapa hari mengeluarkan version terbaru mereka iaitu Joomla! 1.6 .Korang boleh download di laman web joomla.org


Sekiranya korang berminat nak ada domain dan website sendiri tanpa perlu mengeluarkan sebarang wang untuk mengupah webmaster,aku cadangkan korang bina website sendiri menggunakan joomla!korang boleh rujuk di laman web http://www.joomla-my.org sekiranya menghadapi masalah atau baru pertama kali ingin membina website menggunakan joomla ni.Dekat sana ada forum perbicangan khas untuk ahli2 yang baru nak berjinak2 dengan joomla! ni. Selamat maju jaya!!!

Labels: ,

0 comments:

Post a Comment