Welcome 2011

10:23 PM / Posted by Matt Fauzy / comments (0)

Selamat Menyambut tahun 2011

ape azam tahun nie?
~ ntah la xpikir pun
~ wish list ade la
~ target nak bertunang ngan si dia

@@@ love u Lisa Surihani@@@

~ tp sblum bertunang kena kumpul duit dlu...

~ tapi 2011 nie dpt bonus tak?? hope company kasi 3month bonus la =)

~ salary increment naik 45% pergghh giler..kalu dpt naik 45% konpom stay sampai pencen

~ sebut duit terpikir plak tayar keta nak kena tukar dah botak..melayang lagi duit

~nk upgrade kete, kalu bley nak convert My Persona jd Lancer


~ nk continue study (rase nye azam 2tahun lepas)


~ last skali nak rerajin update blog...

~ malam nie ade bunga api tak?


Labels:

Good bye 2010

8:50 PM / Posted by Matt Fauzy / comments (0)


tepat pukul 12.00 am nanti tahun 2010 akan melabuhkan tirai dan kita akan menyambut kedatangan tahun baru 2011..seperti biase setiap insan bile sampai je tahun baru maka berduyun2 la insan dimuke bumi akan ber Azam..skejap lagi kat status Facebook mesti ramai yg update status pasal Azam, hatta enchik Azam pun akan post azam nye..
yang pasti nye bile tahun baru je mesti ade acara sambutan kan, pertunjukan bunga api, konsert nyanyian, countdown dan lain2 lagi sewaktu dengannye..tapi yang menarik nye bila je 2011 menampakan sinarnya mesti akan berlaku tragedi begini:

1) 7 dan 8 bulan akan datang kes buang bayi akan berleluasa


2) tepat jam 12.00 am secara automatik nye akan berlaku 'Perlarasan Harga Minyak RON97'


3) jalan jem banyak kete berduyun2 nak pegi pusat bandar (menyusahkan aku xdpt pegi main futsal malam nie)

4) kes tangkapan khalawat membabitkan pasangan muda mudi

5) golongan muda mudi berpesta menyambut kedatangan tahun baru dengan Arak, Dadah dan lain lain lagi.


6) kedai mamak nak naikan harga makan dan minuman (boikot kedai mamak)


Labels:

Harimau Malaya

11:54 PM / Posted by Matt Fauzy / comments (1)


Firstly syukur Alhamdulillah kita akhirnya berjaya mengembalikan zaman kegemilangan Bola Sepak tanah air dengan kejayaan menjuarai AFF Suzuki Cup (formerly known Tiger Cup)..Tahniah buat wira wira Harimau Malaya dan coach K.Rajagopal yang berjaya menyemarakkan kembali semangat bola di kalangan peminat Malaysia...
Corak permainan Malaysia pun dah banyak berubah, semangat player pun xmudah mengalah, baru la best pasni tgk bola kat stadium..kalau permainan macam ni diteruskan Insya Allah pasni confirm Stadium penuh la..Cuma berharap agar pemain - pemain jangan la mudah leka dengan kejayaan singkat nie, kuatkan semangat, perbaiki kelemahan, mahirkan skill sure pasni kite bley menang Asian Cup plak..

saya bangga jadi anak Malaysia!

yg penting Malaysia menang pun bukan sebab Ultraman tolong ye..pasni diharapkan isu-isu leceh macamni dielakan la ye..
Bravo Harimau Malaya!

Labels:

Aku tetap aku yang dahulu..

9:54 PM / Posted by Matt Fauzy / comments (3)


Tunggu seperti tunggul...tunggu dan tunggu ... kenapa tidak ada satu hari pun aku boleh senyum sepanjang masa? salahkah buat aku rase happy dan dihargai?

siapakah aku ini? hanya pengawal yg menjaga dia dikala duka durjana? apakah aku nie tidak layak berdamping bersama dia?
aku hanyalah digunakan dikala perlu dan ditinggalkan ketika si dia berasa girang..siapakah aku ni?
tinggi kah cita-cita ku utk mendapatkan si dia? adakah darjat manusia didunia berlainan? adakah aku hanya seorg pengawal dan dia anak raja maka aku dipinggirkan?
ya memang salah ku melukai hati si dia dahulu tapi layak kan hukuman seberat ni yg dipikul untuk hanya kesalahan berkerja utk masa depan bersama? maafkan aku jika itu yang membuat si dia marah lalu meninggalkan aku sebentar..utk bersama seseorang yang lebih matang dari ku..aku redha dengan pemergian dia walaupun hati aku disakiti dan dilukai lagi..malah aku dimalukan didepan penonton-penonton seolah-olah aku seperti berlakon di drama melayu terbitan syarikat swasta....

tapi kenapa dia datang kembali ketika aku sedang cube melupakan dia? aku lupakan herdikan, cacian, kata2 yg nesta dilemparkan terhadap aku dan aku menerima si dia seperti dahulu kala..tapi penerimaan aku bukan lah dibayar dengan keikhlasan hati sepenuhnya malah aku seperti ragu-ragu keikhlasan hati dia terhadap ku..tingkah laku dan reaksi dia tidak seperti dahulu kala ketika zaman muda mudi..adakah itu dinamakan kematangan? aku hanya mampu memendam rasa bila diajukan persoalan demi persoalan..soalan aku hanya dijawab seperti hidup segan mati tak mau..kesabaran hati aku diuji lagi apabila pernah dihalau, dimarahi, ditengking, tapi berkat kesabaran yg tinggi aku redha menerima hukuman itu..


dikala senja aku hanya mampu memikirkan adakah aku ini layak utk dia? hina sgt ke aku nie? adakala nya teman rapat menasihati aku utk melupakan dia, tapi aku berkeras mengatakan dia akan berubah nanti dan aku terus menunggu hingga hujung abad..

adakala nya aku malu bila ditanya apa hubungan aku dengan si dia? jika aku mengata dia peneman aku disyurga nnt pasti mereka akan ketawakan angan-angan aku..dia sendiri tak penah mengiktirafkan secara rasmi hubungan ini..hinggakan ada teman yang memerli aku hanya peneman tidak rasmi..btul kata teman itu tp aku masih lagi berharap si dia walaupun aku selalu disakiti, dilukai dan dikhianati..ini semua kerna janji-janji ketika dahulu yg akan terus mencintai dia sehingga hujung nyawa..



***

Wali Band – Puaskah



Puaskah Kau Lukaiku

Puaskah Kau Sakitiku

Puaskah Khianatiku

Puaskah Hoo Sayangku


Di Manakah Nuranimu

Di Mana Akal Sehatmu

Sekarang Kau Campakanku

Setelah Kau Dapatkanku


Reff

Mungkin Hanya Bila ku Mati

Kau Kan Berhenti Tuk Menyakiti

Sampai Kapan aku Begini

Terus Begini

Terus Engkau Lukai


Ingatlah Saat Yang Lalu

Saat Kau Peluk Diriku

Tapi Kini Semua Lalu

Kau Tega Khianatiku


Labels: ,

Pasni kawen ngan gadis Maghribi RM14K je =)

11:35 PM / Posted by Matt Fauzy / comments (1)


BAHAGIA... Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun.

KUALA LUMPUR: Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000.
Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum ‘tercemar’ dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya.

‘Trend’ yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak.


Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya.

“Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu.

“Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar.

“Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang mereka, Moroccan Dirham,” katanya.

Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.

“Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.

“Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum ‘tercemar’ kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.

Belum tercemar

“Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’ kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.

“Tak perlu ‘dating’ kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami,” katanya.

Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana.

Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata.

Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.

“Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan saudara mara dan rakan isteri saya.

“Ada yang ‘sangkut’ sehingga bergelar suami isteri,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar.

“Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris dan semakin memahami bahasa Melayu.

“Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri,” katanya.

Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga.

“Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand.

“Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang.

“Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah.

“Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal,” katanya.

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN

Labels: , ,

Baru Boleh Berlagak part 1

11:34 PM / Posted by Matt Fauzy / comments (1)

Date: 4 December 2010
Location: Kuantan, Pahang.
Purpose: Release tension and hang out with my friend Abie Mok, Harsid Harahap, & Hasan

kesepetan mata mmg terserlah


gaya seorg jejaka yg hensem lg cute =p
ade mcm model underwear tak??

chantek skali pic yg disnap oleh abam abie mok menggunakan teknology Canon D055 (if not mistake la)



Labels:

Pengorbanan Suami terhadap Isteri tercinta

7:37 PM / Posted by Matt Fauzy / comments (0)

Pada akhir zaman yang serba canggih dan moden ini, ramai isteri2 telah lupa pengorbanan yang dilakukan oleh si suami. Mari kita lihat antara apa yang insan bernama suami korbankan untuk wanita yang bergelar isteri..

1. KAIN, kain lebih banyak ukurannya untuk buat baju kurung isteri daripada seluar suami. Suami sanggup beli kain yang banyak untuk isteri.

2. MESIN basuh/mesin parut kelapa/mesin jahit/blender/ oven/dan macam2 lagi mesin kat rumah, semuanya suami lebih rela tak pakai, semuanya ikhlas bagi isteri guna.

3. SABUN, BERUS, PENYAPU, sekarang ni lu orang semua tahu harga barang semuanya naik. Tetapi si suami sanggup beli setiap bulan untuk isterinya sedangkan suami tak pernah gunakannya.

4. TUALA, suami cuma pakai sehelai saja tuala sedangkan setiap bulan isteri bertukar-tukar tuala..

5. BAJU, suami cuma pakai sehelai saja baju dalam satu masa, tapi isteri pakai dua baju dalam satu masa (baju dalam).. ngeeee...

6. BARANG KEMAS, suami tak pun pakai rantai emas, subang emas, gelang emas. Tapi beli jugak untuk isteri.

7. ALAT SOLEK, suami rela tak pakai gincu, maskara, eye shadow dan bagai2 lagi alat solek tapi SANGGUP beli untuk isteri. Ini yang paling tak boleh blah ni... membazir... tapi belikan jugak...

8. KASUT, suami lebih rela pakai kasut yang tumitnya rendah, demi isteri dia sanggup beli yang bertumit tinggi.

9. REHAT, 90 hari isteri di beri rehat selepas melahirkan anak sedangkan suami mungkin akan diberhentikan kerja kalau rehat sebegitu lama.

10. AMBULAN, setiap kali nak melahirkan anak, isteri dapat merasa naik ambulans sedangkan suami, Cuma ikut dari belakang dengan kereta sendiri.

11. TIDUR LUAR, kadang-kala bila ada perselisihan faham, suami berkorban tidur di ruang tamu, sedangkan isteri syok jer.. tidur dalam bilik.

12. Lu orang kalau yang dah bergelar suami pasti tahu apa yang telah lu orang korbankan kepada isteri masing2 kan... so tambah2 lah sorang sikit... hahaha...


“Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)


dipetik dari blog http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/

Labels: ,

Petua Mencuci Hati

1:19 AM / Posted by Matt Fauzy / comments (0)

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku
bersih."
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa
di-ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan.
3.Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X.
5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2
kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang
mengumpat.
"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."

Labels: ,

Wish list for my birthday present

2:00 AM / Posted by Matt Fauzy / comments (1)

I will be turning 24 at the end of the month...Happy Birthday to myself..
Allah Selamatkan Kamu, Allah Selamatkan Kamu, Allah Selamatkan Mohd Fauzi Bin Mohd Salleh, Allah Selamatkan Kamu!..argghhh dah lanjut usia can married la! but who wanna married me??

As a hensem guy, I hope I can receive presents on my birthday, here is my birthday present wish list:

1)Canon EOS 60D
- As a junior blogger yg sengal, I need a better camera for skodeng, a picture is worth than thousand words. It is so awesome when others praise me that my photos so nice and can take picture my loving Sara...
2)Iphone4- Multitasking, simple, superb and nice..dunno why i like this phone, before that i hardcore fan HTC Touch Windows Mobile!



3)Proton Inspira - Kaget & terpersona when first time looking this car..so awesome and cheap if u compare with Lancer or Honda Civic (my previously fevert car)
4) Married with Lisa Surihani or Diana Danielle or Juliana Evans or Nursyuhadah!

My ex girlfriend Lisa Surihani

My Sayang Montel - Nursyuhadah


Diana or Juliana, dua2 muke sama!

5) Futsal shoe - can replace my busuk kasut futsal (buy last 3 years)

I hope my family or friend know about that and maybe they buat surprise party for me =)
That's all, my birthday wish list just short and simple. But the price is a bit high! Gilo la..

Labels: ,

there's only one united - Manchester United

1:14 AM / Posted by Matt Fauzy / comments (0)

Glory Glory Man United


Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!

Just like the busby babes in days gone by,
We'll keep the red flags flying high,
Your gonna see us all from far and wide,
Your gonna hear the masses sing with pride.

United, Man united,
We're the boys in red and we're on our way to Wembley!

Wembley, Wembley,
We're the famous Man united and we're going to Wembley,
Wembley, Wembley,
We're the famous Man united and we're going to Wembley

In Seventy-Seven it was Docherty
Atkinson will make it Eighty-Three
And everyone will no just who we are,
They'll be singing que sera sera

United, Man united,
We're the boys in red and we're on our way to Wembley!

Wembley, Wembley,
We're the famous Man united and we're going to Wembley,
Wembley, Wembley,
We're the famous Man united and we're going to Wembley

Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!


Labels: , ,

Walau by LoudSpeaker

12:40 PM / Posted by Matt Fauzy / comments (0)




Aku dalam dilema ini
Oh di alam fantasi
Menyintai dirimu

Kamu tak pernah hendak mengerti
Apa yang ku rasa ini
Oh tentang dirimu

Kau lah segalanya bagiku
Ku mendambakan cintamu
Walau kau terus diam membisu
Meski kau tak pernah mengerti
Apa yang kurasakan dihati ini

Saat ketika kita sedang bercinta
Oh alangkah indahnya dunia ini
Namun selepas ku lihat kau bersama si dia
Oh betapa ngilunya hati ini

Labels: ,