Harapan Ramadhan

8:16 PM / Posted by Matt Fauzy / comments (0)

Harapan Ramadhan

Assalamualaikum, sempena Ramadhan Al-Mubarak ini Abam Matt Fauzy mamohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kepada semua rakan-rakan andai selama ini Abam Matt byk menyusahkan dan menyakiti hati korang sume... jgn lupe rerajinwat terawih ye! besok start puasa jgn wat2 lupe plak jgn plak tenghari korg tetibe ajak kawan korg g lunch..moga ramadhan kali ni memberi kita peluang utk menginsafi diri serta perbanyakan amalan ibadah kita..



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Labels:

Akan Ku Terus Ketuk Pintu Tuhanku

7:23 PM / Posted by Matt Fauzy / comments (0)

Akan ku terus ketuk pintu tuhanku
menangis dan mengadu
tentang dunia yang penuh sendu
di kala mata-mata sedang lesu beradu
akan ku seru namaMU
di penjuru waktu yang sunyi dan sayu

Akan ku terus ketuk pintu tuhanku
sekalipun tangan ku penuh debu
sedang pintu itu seputih susu dan salju
kerana ku tahu...
tuhanku tidak pernah menghalau tamu
yang datang bertemu dan menyeru
sekalipun dosa memenuhi angkasa
namun keampunanNya meliputi segala

Akan ku terus ketuk pintu tuhanku
tanpa jemu, tanpa malu
selagi ku memanggilNYA,
DIA MAHA TAHU
aku hanya seorang hamba
ada dosa, ada pahala...
namun DIA YANG MAHA MULIA,
limpahan kemaafan tiada tepian
kerana DIA AR-RAHMAN
sedangkan aku insan penuh kedaifan

akan ku terus ketuk pintu tuhanku
mengadu dalam sayu dan sendu
merintih tentang dunia yang letih
janganlah aku DIKAU sisih
dari kurniaan nikmat kasih
diri yang kotor pohon dibersih
terimalah istighfar dan tasbih

Karya :
Mohd Asri Zainul Abidin

www.drmaza.com