Janganlah Kamu Menyesali Kesilapan& Kesalahan Lalu Berlebihan..

11:56 AM / Posted by Matt Fauzy /

Memang setiap orang memiliki kesilapan dan kesalahan yang amat berat ianya lakukan,dan ia sangat susah untuk lupakan. Dan kesalahan itupun selalu disesalkan hari demi hari. Menyesali suatu kesilapan atau kesalahan memang bukanlah perkara yang baik. Menyesali kesilapan & kesalahan tersebut harus ditujukan terhadap diri kita sendiri, agar kita tidak mengulangi kesilapan atau kesalahan yang sama pada masa akan datang..

Setiap orang pasti pernah membuat kesilapan & kesalahan, sesungguhnya kita bukanlah maksum. Kesilapan & kesalahan adalah hal yang sangat biasa dilakuan oleh semua manusia tetapi boleh dimaafkan asalakan tidak dilakukan secara berulang-ulang kali.

Sekali lagi saya katakan, bukanlah hal yang buruk untuk kita menyesali suatu kesilapan dan kesalahan di masa lalu. Kerana itu boleh membuat kita memotivasikan diri kita untuk menjadi lebih baik lagi di masa hadapan.
Tetapi janganlah menyesali sehingga ia menjadi masalah pada diri kita malah membuat kita lalai akan perkara penting yang perlu dilakukan

Janganlah. Banyak akibat buruk yang akan kita dapatkan, jika kita terus menyesali kesilapan dan kesalahan secara berlebihan kita akan menjadi frust dan stress. Itu semua mungkin terjadi, akibat kesesalan yang berlebihan.

Untuk melupakan itu semua kita memerlukan sebuah keseimbangan.Buat ah hidup menjadi santai dan sentiasa happy, asalkan jangan terlalu santai, cubalah untuk lebih tenang, tetapi jangan terlalu leka, buatlah hidup menjadi penuh keceriaan, asalkan jangan sampai melupakan hal-hal lain. Keseimbangan itu, dapat memberikan hal yang postif bagi hidup kita semua.

"Kita boleh menyesali kesalahan atau hal-hal buruk yang kita lakukan, asalkan kita kena ingat perjalanan kita masih lagi panjang, yang sudah berlalu biarkan berlalu, kehidupan kita sekarang harulah dijalani dengan ikhlas dan penuh semangat. Kita juga perlulah sentiasa berdoa agar kehidupan kita selepas ini akan menjadi lebih baik.

Labels:

0 comments:

Post a Comment