"Jangan sesekali menyekutukan Allah SWT dan jangan sesekali menyesal menjadi umat Muhammad saw. Islam membimbing manusia ke syurga. Jangan sesekali berasa diri terkongkong dengan Islam".
"Dampingi ulama. InsyaAllah, ada tempiasnya. Tuntutlah ilmu daripada ulama yang ikhlas dengan ilmunya dan istiqamah dengan jihadnya. Hati hati dengan "ulama ulama" yang memiliki ilmu tetapi menjadikan ilmu ilmu yang dimiliki itu untuk memperdayakan masyarakat. Hasilnya, namanya tinggi menjulang tetapi Islam entah ke mana".
"Bersangka-baiklah dengan teman teman walaupun anda dikhianati berulang kali oleh teman teman. Jadikan kebaikan teman teman sebagai contoh dan jadikan keburukan teman teman sebagai sempadan".
"Istiqamahlah dengan jemaah walaupun jemaah tidak memandang pada anda. Puji puja jemaah belum bererti jihad anda dinilai oleh Allah swt. Ikhlaslah dalam jihad anda. Jujurlah dalam memperkatakan kebenaran. Bertegaslah terhadap anasir anasir yang merugikan Islam dan hormatilah perbezaan pandangan selagi mana tidak memudharatkan Islam. Sanggahlah kemunafiqan kerana kemunafiqan sukar dilihat kecuali dengan mata ilmu dan iman".
"Sayangilah ulama yang ikhlas dan zuhud kerana umat akhir zaman tidak bertemu muka dengan Rasulullah saw. Jalan jalan yang dilalui oleh Rasulullah saw hanya akan dapat difahami dengan bimbingan ulama tetapi jalan jalan itu hanya dapat dijiwai jika dibimbing oleh ulama yang ikhlas".
"Dekati dan gaulilah ulama yang ikhlas kerana itulah permata di tengah kekalutan akhir zaman. Pertahankan mereka dengan segenap kemampuan hatta nyawamu sekalipun".
"Jujurlah dalam berdakwah. Muhasabahlah. Istiqamahlah. Hadapi cabaran dan mehnah perjuangan dengan sabar dan tenang. Tanpa cabaran dan mehnah, bukan perjuangan namanya".
"Sampaikanlah Islam kepada masyarakat. Jangn tunggu masyarakat datang kepada anda. Selami permasalahan dan keperluan masyarakat dengan segenap kekuatan. InsyaAllah, Islam pasti gemilang".
Kita hendaklah selalu berubah seperti air yang mengalir. Bila air berada dilangit ia akan berubah turun menjadi hujan lalu memberi kehidupan kepada haiwan dan tanaman. Bila berada diatas, air akan mengalir ke lurah dan sungai lalu membersihkan sungai-sungai dari kotoran sampah.Jangan jadi air yang bertakung, kerana air yang bertakung tidak berubah, air yang bertakung tidak suci dan akan menjadi kotor dan menjadi penyebab kepada penyakit..
0 comments:
Post a Comment