Cinta Seorang Lelaki

8:23 PM / Posted by Matt Fauzy / comments (4)

(di copy paste dr blog org)




Selalunya kita sering mendengar kata-kata daripada wanita bahawa lelaki tak jujur,suka mempermainkan wanita,buaya darat..Ya,sebagai seorang lelaki saya tidak langsung menafikan kenyataan tu.Itulah lelaki.Tidak seperti wanita yang sentiasa bermain dengan perasaan.Jika telah bercinta,wanita merasakan lelaki itulah yang terbaik dan akan menjadi pasangan dunia akhirat.Si lelaki pula,aku "couple" ni,saja je...Seronok-seronok.

Tetapi,adakah lelaki tidak ada perasaan cinta?Bagaimana pula cinta sang lelaki?.....

Lelaki tidak akan terlalu mudah jatuh cinta.Memang wujud lelaki yang mudah melafazkan kata-kata seperti "I love U".Tetapi itu hanya kata-kata,kerana lelaki amat susah untuk benar-benar jatuh cinta.Apa yang hendak saya nukilkan di sini adalah bagaimana jika lelaki benar-benar jatuh cinta.

Lelaki telah jatuh cinta pada seseorang wanita jika dia begitu malu dengan wanita itu.Sehingga hendak mengangkat pandangan mata pun terasa begitu berat,apatah lagi berbicara.Dia akan menganggap wanita itu sempurna di matanya.Jika selama ini dia seorang yang banyak bercakap,tetapi di hadapan wanita yang di cintainya,dia bagaikan si bisu.

Lelaki jatuh cinta apabila dia sanggup melakukan apa saja demi wanita yang dicintainya tetapi tidak mahu wanita itu mengetahuinya.Jika dia tahu wanita itu dalam kesusahan,air matanya turut mengalir.





Lelaki jatuh cinta apabila dia sangat mengambil berat tentang wanita yang dicintainya walaupun dari jauh.Dia sentiasa akan bertanya kepada sesiapa saja untuk mengetahui tentang wanita itu.

Itulah sebenar-benar cinta bagi sang lelaki.Kehebatan cinta yang datang dari hati lelaki amat pelik,amat aneh.Sesuatu perkara yang sukar hadir dan apabila ia hadir ia cukup hebat.Inilah sifat lelaki yang begitu jujur dalam percintaan dan rasa cintanya langsung tidak dinodai oleh nafsu.Cinta adalah fitrah yang suci yang diciptakan oleh Allah untuk manusia.Tetapi apabila nafsu mengawal cinta,hilanglah kesucian cinta itu...

Jejak Kasihan

9:18 PM / Posted by Matt Fauzy / comments (0)

Ahad yg lalu kami dijemput menghadiri Majlis Kenduri Doa Selamat di rumah Kak Rose, makan pun sedap2, melantak xingat dunia, sia2 je jogging pagi tu so terpaksa la postponed niat nak diet..time sembang2 dan ngumpat2 kami disajikan ngan picture zaman budak hingusan...

gambar ni dirakam ketika kami menyambut kepulangan penjaga kami Tok Long dari mengerjakan haji..kami dihadiahkan sepasang baju, comel nye masa ni tergelak sakan bile tengok pic ni...kenangan lebih kurang 20tahun yg lalu..
dari kiri: Kak Yong, Kak Ngah, Ayu, Matt, Hanim, Imah..

gambar ni sesudah majlis kenduri, masing2 dah lain sampai xcam langsung..sesudah 20 tahun tak bersua muka akhir nya kami dipertemukan, masing2 dah keje dan berbadan besau...dah mcm jejak kasih plak =)
dari kiri: Matt (single - tuggu gadis masuk meminang), Hanim (single - dengar2 kabar angin dah ade org punye), Ayu (kawen anak seorg), Kak Yong (kawen - anak xde lg coming soon), Kak Ngah (Single-tak fikir nk kawen lg kata nye nk abis kan master). Tiada didalam gambar: Imah - dia bz wat tempahan chesse tart kat umah..

teringat ketika kami (kak yong, kak ngah, matt, imah & fareez) di zaman budak hingusan, kami di jaga oleh pasangan nenek dan atuk iaitu Tok Long semasa abah ngan mak berkerja mencari rezeki..umah tok long mcm umah kedua kami..Kami ditemani anak tok long, abg Nizam ngan kak Ros, dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang...Kadang2 cucu-cucu tok long (Ayu, Hanim, Fazli) balik menjenguk nenek ngan atuk mereka, kami tetap dilayan sama rata..mcm2 kerenah ngan kenangan tergambar ketika sesi jejak kasih nie..semoga masing2 berjaya dlm kerjaya yg diceburi dan hidup aman bahagia hingga ke akhir hayat..Buat pasangan Tok Long terima kasih tak terhingga kami ucapkan, jasa tok long sekeluarga takan kami lupakan..

Ni Kak Ros dlu masa dia zaman remaja sgt chantek ngan slim..Baby tu anak Ayu nama nye Mia Zahira 9 months.. Kak Ros dah kawen ngan Abg Rizal, mereka dikurniakan seorg anak lelaki..
Ni Abg Nizam, dlu masa dia muda remaja badan berisi skang dah slim.. Abg nizam jugak dah kawen dan dikurniakan dgn sepasang anak lelaki & perempuan

Mak bergambar ngan Tok Long, tok long masih mcm dlu lagi xnampak tua & masih kuat..suara tok long pun mcm dlu gak, gelak tawa masih lg kami ingat..dari kiri Mak, Tok Long..


~We will smiling when we remember a nice memory~

Labels:

Lelaki suka berdiam diri..

9:59 PM / Posted by Matt Fauzy / comments (0)

Sebenarnya walaupun lelaki lebih suka berdiam diri dalam banyak situasi dan nampak baik, tindakan lelaki ini sebenarnya tidak disukai oleh wanita kerana mereka lebih suka lelaki berterus terang dalam semua perkara. Malah mereka merasa lebih tertekan apabila lelaki berdiam diri sekiranya berlaku sebarang perselisihan.

Sekiranya keadaan ini terjadi, perempuan perlu sedar bahawa lelaki memilih berdiam diri kerana sebab-sebab tertentu. Ketika itu, lelaki mungkin sukar untuk menyatakan hal sebenarnya kepada perempuan yang disayanginya. Walaupun lelaki tersebut tahu kejujuran adalah hadiah paling berharga tetapi demi kebaikan bersama ada baiknya dia memilih berdiam diri terlebih dahulu daripada berterus- terang yang mungkin boleh melukakan hati wanita itu. Apa yang perlu wanita lakukan di sini ialah jangan memaksanya untuk bersuara dan berterus-terang, kerana ia mungkin akan menimbulkan kemarahan dan boleh mencetuskan perselisihan faham.

Lelaki juga suka berbohong "sunat" terhadap teman wanitanya daripada mendedahkan perkara sebenar kerana biasanya apabila mereka menyatakan hal yang sebenar, teman wanitanya sukar untuk menerima hakikat tersebut. Biarpun mereka memilih untuk mendiamkan diri, ini bukanlah bermakna mereka takut terhadap perempuan, tetapi ia betujuan mengelakkan daripada berlakunya pertengkaran dan masam muka. Sebab perempuan biasanya lebih emosional dalam menangani sesetengah perkara.

Dalam soal ini, ramai lelaki merasakan tiada gunanya bertengkar dengan teman wanita kerana itu bukanlah jalan terbaik, malah lambat laun lelaki juga yang terpaksa memujuk. Jadi untuk mengelakkan berlaku pertengkaran atau bagi mengelakkan pertengkaran daripada berlarutan lebih baik dia berdiam diri.

Oleh itu, jika teman lelaki kamu bersikap demikian kamu janganlah pula beranggapan si dia degil atau sengaja tidak mahu melayan karenah kamu. Ini kerana dia berniat untuk menyelamatkan hubungan tersebut. Wanita juga seharusnya perlu sama-sama berdiam diri dan fikirkan secara mendalam apakah yang menjadi punca perselisihan tersebut. Bagaimanapun kamu boleh meneka apakah yang terbuku di hatinya walaupun dia berdiam diri. Bagaimanakah caranya? Senang saja, wanita cuma perlu perhatikan apakah tindakannya selepas itu. Kerana dengan melihat apa yang mereka melakukan secara tidak lansung membolehkan kamu mengagak apakah yang diinginkan sebenarnya.

Tetapi ingat!!!.Jangan mendesaknya berterus terang. Kerana kalau didesak mereka akan terus berdiam diri dan kalau memberikan jawapan pun, jawapannya kurang tepat atau tak ikhlas....

Malah ahli psikologi pun mengakui bahawa cara terbaik untuk mengenali lelaki ialah memerhatikan perlakuannya. Ini bukan bermakna cakap lelaki tidak boleh dipercayai tetapi mereka lebih boleh dipercayai daripada perempuan. Tetapi dalam hal-hal untuk menyelamatkan sesuatu perhubungan lelaki memilih untuk berdiam diri.

Labels: ,

Hanya untuk awak yg disayangi...

12:17 AM / Posted by Matt Fauzy / comments (0)


Awak.. Tiap-tiap hari kita sms awk, call awak.. dulu awak suka kita selalu sms, call awak.. Tak puas dengar suara kita katanya awak. Tapi sekarang awak rasa sedikit rimas, mungkin awak sibuk dengan kehidupan.. Kita sms awak bukan nak ganggu awak selalu cuma kita nak awak tau kita selalu ingat awak..

Awak.. Kita selalu tanya mana awak pergi, kita selalu minta awak sms kita kalau pergi situ pergi sini, sms kita kalau dah sampai situ sampai sini. Bukan kita nak awasi gerakan awak, tapi kita terlebih bimbang. Katakanlah awak masih sms kita masa kat tempat A, tapi bila kat tempat B awak tak sms kita, so kita tau awak ada masalah kat situ.. Kalau awak rimas, takpelah.. Kita tak mintak dah buat macam tu.. Kita tau awak pandai jaga diri..


Awak.. Kita suka tengok awak pakai elok-elok.. Kita selalu tegur awak pakai macam tu pakai macam ni.. Kita suka tengok awak ayu je.. Kita bukan paksa awak pakai purdah, pakai tudung labuh.. Kita tau awak tak rimas pasal ni.. Tapi kita tak reti baca hati awak.. Awak kena la terus terang ngan kita..

Awak.. Kita tak larang awak nak keluar lepak ngan kawan-kawan awak, tapi jangan la keluar melepak sampai 2,3 pagi.. Jangan la keluar pakai ala kadar je.. Kita suka kawan-kawan awak tengok awak pakai molek-molek.. Kita suka kalau kawan-kawan awak cakap awak dapat boyfriend yang jaga awak elok-elok.. Awak nak keluar, keluar je la.. Kita tak kisah.. Kita tau awak pandai jaga diri..

Awak.. Kita tak larang awak nak keluar lepak ngan kawan-kawan awak, tapi jangan la keluar melepak sampai 2,3 pagi.. Jangan la keluar pakai ala kadar je.. Kita suka kawan-kawan awak tengok awak pakai molek-molek.. Kita suka kalau kawan-kawan awak cakap awak dapat boyfriend yang jaga awak elok-elok.. Awak nak keluar, keluar je la.. Kita tak kisah.. Kita tau awak pandai jaga diri..

Awak.. Kita suka tengok awak pakai elok-elok.. Kita selalu tegur awak pakai macam tu pakai macam ni.. Kita suka tengok awak ayu je.. Kita bukan paksa awak pakai purdah, pakai tudung labuh.. Kita tau awak tak rimas pasal ni.. Tapi kita tak reti baca hati awak.. Awak kena la terus terang ngan kita..

Awak.. Kita belikan awak itu, kita belikan awak ini, bukan kerana nak bodek awak, memang kita nak bagi.. Kita suka bagi hadiah kat awak.. Kita pun tak tau kenapa.. Awak jangan la bimbang, kita tak pernah pun putus makan sebab belikan awak itu ini.. Jangan la rasa bersalah, kita tak pernah minta balasan dari semua tu..

Awak.. Kita selalu marah-marah awak.. Adakalanya kita tertenking awak.. Mungkin kita terluka ngan kata-kata atau perbuatan awak.. Kita tau 90% perempuan tak suka ditenking, tapi kita tak pernah selitkan rasa benci dalam marah kita kat awak.. Kita janji dah tak tenking-tenking awak.. Kita lebih pedulikan sayang kita kat awak dari tenkingan tu..

Awak.. Kita suka cakap banyak-banyak, cerita itu cerita ini ngan awak.. Maaf la kalau buat awak rimas.. Tapi kita suka borak ngan orang yang kita sayang.. Suka awak tau apa yang kita tau..Dulu awak selalu nangis-nangis sebab rindu nak dengar suara kita..

Labels: ,

Perempuan tak pernah menghargai...

2:21 AM / Posted by Matt Fauzy / comments (0)

Perempuan memang sempurna tapi perempuan tak pernah menghargai. Tak pernah menghargai lelaki dan juga dirinya. Setuju? Perempuan memang terkenal dengan sifat lemah lembut. Tak dinafikan kadang-kadang perempuan menjadi lebih ganas daripada lelaki. Tetapi mengapa saya mengatakan perempuan memang sempurna tapi tak pernah menghargai. Ok, kita lihat tiga situasi berbeza.


Situasi 1

Si lelaki, mempunyai seorang awek cun. Awek yang dia kenal, dia sayang, dia belai dan dia kasih sepenuh hati. Perangai awek yang dulunya manja berubah menjadi liar. Keluar sana sini, keluar pagi balik malam. Apabila mengetahui keadaan itu, si lelaki mulalah menunjukkan sifat kokongan dan sentiasa memerhati si awek tadi. Lama kelamaan si awek tidak puas hati kerana merasakan kehidupannya tidak bebas. Akhirnya pergaduhan berlaku disebabkan salah paham.

lelaki sebenarnya bukan mengongkong hidup si gadis tetapi lebih kepada ambil berat. Itu semua untuk kebaikan gadis itu jugak. Tak bolehkan bertolak ansur? Atau tak bolehkah menghargai cinta seseorang? Dengan cara ini, si gadis dapat menghargai cinta lelaki tersebut dan juga menghargai diri sendiri.

Situasi B

Susah untuk melupakan bekas teman lelaki atau dalam bahasa mudahnya tidak pernah menghargai cinta baru., Apa perasaan anda apabila mengetahui awek anda masih tergila-gila dengan bekas kekasih walaupun telah berpisah setahun lamanya? Lebih dahsyat lagi apabila awek itu sering disakiti dan dimarahi ketika bersama bekasnya tetapi awek anda masih teringatkan cinta lama. Mungkin sesetengah orang akan berkata, biasalah cinta pertama. Memang susah nak dilupakan. Yes! itu betul tetapi puan puan sedar tak yang anda bercinta hanya untuk disakiti?

Perempuan memang sempurna kerana tak sampai sebulan berpisah, ada je lelaki yg cuba mendekati mereka. Terbukti perempuan memang sempurna kerana ada saje lelaki memujinya. Contohnya mudah, kalau anda selalu dengar lagu, terutama lagu yang disampaikan oleh lelaki. Kebanyakannya mengisahkan kecantikan, kesempurnaan dan kelembutan seseorang perempuan seperti lagu Cinta Untuk Nabila. Kalau nak disenaraikan lagu yang memuji wanita memang banyak. Tetapi persoalannya adakah perempuan menghargai apa yang lelaki buat? Menghargai cinta lelaki?

Situasi C

Mengharapakan lelaki memulakan semuanya. Situasi ini adalah perkara yang sering berlaku bagi mereka yang sedang bercinta. Saya ada seorang kawan, mengadu dan minta pendapat apa yang saya akan buat kalau awek kita susah nak sms dan susah nak call kita.. Sebenarnya masalah ini adalah kecil dan biasa tetapi ada sesetengah lelaki, dia akan merasakan dirinya seperti terhegeh-hegeh untuk mendapatkan cinta walhal cinta itu adalah daripada aweknya sendiri. Mengharapakan si awek untuk sms atau call dia memang jauh panggang dari api.Semua hal dia akan mulakan seperti seseorang yang gilakan sesuatu.

Adakah ini dinamakan cinta sejati? Apa salahnya anda menghargai cinta lelaki. Tidak perlu ego dan hipokrit. Cuba anda bayangkan perasaan seseorang lelaki sekiranya anda bertindak sedemikian. Rasanya tidak perlu untuk lelaki memulakan semuanya. Sebagai perempuan dan awek, anda cubalah untuk menghargai cinta darinya.

Kepada mereka yang mengalami keadaan ini, cubalah bertolak ansur. fikir yang mana positif, kadang-kadang ada baiknya bila seseorang lelaki mengambil berat tentang pasangannya. Bukan semua lelaki suka mengongkong. Berkawan memang tidak salah tetapi biarlah kena pada tempatnya..

Labels: ,

Selamat Hari Bapa Abah

11:23 PM / Posted by Matt Fauzy / comments (0)



Abah
Setiap kali memandang wajahmu
Hati ini begitu bersyukur
Hati ini begitu bahagia
Kedapatan seorang ayah sepertimu.

Abah
Kehidupanku serasa bermakna
Dengan titik peluhmu
Aku dan adik-adik mengenali dunia
Dengan kasih-sayangmu
Aku dan adik-adik mengenali bahagia
Dengan ilmumu
Aku dan adik-adik mengenali Allah Yang Maha Esa.

Abah
Aku tahu susah payahmu
Aku tahu deritamu
Aku tahu budimu
Semuanya kau persembahkan
Tanpa sedikit pun rungutan
Tanpa sedikit pun kemalasan
Demi membela diri kami sekeluarga.

Abah
Jutaan kasih dan penghargaan ku hulurkan
Buatmu yang sentiasa jerih dan perit
Sanggup berkorban segalanya
Hanya kerana keluarga tercinta.


1 2 3 4

11:14 PM / Posted by Matt Fauzy / comments (0)



Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Labels:

if one day...

8:33 PM / Posted by Matt Fauzy / comments (0)




if one day you feel like crying..
call me..
i don't promise that i will make laugh,
but i can cry with you..

if one day you want to run away..
don't be afraid to call me
i don't promise to ask you to stop..
but i can run with you..

if one day you don't want to listen to anyone,
call me..
i promise to be there for you
and i promise to be very quiet

but if one day you call..
and there is no answer
come fast to see me
perhaps i ready for you..

Labels:

Diary Seorang Isteri (Lelaki Mesti Baca!!)

12:07 AM / Posted by Matt Fauzy / comments (1)






Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa

Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

Doa utk kekasih hati

1:36 AM / Posted by Matt Fauzy / comments (0)


Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi …
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini,
Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engkau redhai,
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat,
Dan peliharalah kami dari azab api neraka,

AMIN… AMIN… AMIN…
YaRabbal’aalamiin…

Labels: