Pada akhir zaman yang serba canggih dan moden ini, ramai isteri2 telah lupa pengorbanan yang dilakukan oleh si suami. Mari kita lihat antara apa yang insan bernama suami korbankan untuk wanita yang bergelar isteri..
1. KAIN, kain lebih banyak ukurannya untuk buat baju kurung isteri daripada seluar suami. Suami sanggup beli kain yang banyak untuk isteri.
2. MESIN basuh/mesin parut kelapa/mesin jahit/blender/ oven/dan macam2 lagi mesin kat rumah, semuanya suami lebih rela tak pakai, semuanya ikhlas bagi isteri guna.
3. SABUN, BERUS, PENYAPU, sekarang ni lu orang semua tahu harga barang semuanya naik. Tetapi si suami sanggup beli setiap bulan untuk isterinya sedangkan suami tak pernah gunakannya.
4. TUALA, suami cuma pakai sehelai saja tuala sedangkan setiap bulan isteri bertukar-tukar tuala..
5. BAJU, suami cuma pakai sehelai saja baju dalam satu masa, tapi isteri pakai dua baju dalam satu masa (baju dalam).. ngeeee...
6. BARANG KEMAS, suami tak pun pakai rantai emas, subang emas, gelang emas. Tapi beli jugak untuk isteri.
7. ALAT SOLEK, suami rela tak pakai gincu, maskara, eye shadow dan bagai2 lagi alat solek tapi SANGGUP beli untuk isteri. Ini yang paling tak boleh blah ni... membazir... tapi belikan jugak...
8. KASUT, suami lebih rela pakai kasut yang tumitnya rendah, demi isteri dia sanggup beli yang bertumit tinggi.
9. REHAT, 90 hari isteri di beri rehat selepas melahirkan anak sedangkan suami mungkin akan diberhentikan kerja kalau rehat sebegitu lama.
10. AMBULAN, setiap kali nak melahirkan anak, isteri dapat merasa naik ambulans sedangkan suami, Cuma ikut dari belakang dengan kereta sendiri.
11. TIDUR LUAR, kadang-kala bila ada perselisihan faham, suami berkorban tidur di ruang tamu, sedangkan isteri syok jer.. tidur dalam bilik.
12. Lu orang kalau yang dah bergelar suami pasti tahu apa yang telah lu orang korbankan kepada isteri masing2 kan... so tambah2 lah sorang sikit... hahaha...
“Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
dipetik dari blog http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/
Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku
bersih."
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa
di-ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan.
3.Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X.
5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2
kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang
mengumpat.
"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."
1)Canon EOS 60D - As a junior blogger yg sengal, I need a better camera for skodeng, a picture is worth than thousand words. It is so awesome when others praise me that my photos so nice and can take picture my loving Sara...
Ni video yg sempat direcord oleh parent Sara masa dia tgh marah kat Syu'a sebab amik laptop abahnye..